Anwar Ibrahim

MELAKA – Putrajaya meluluskan peruntukan RM486,000 bagi menanggung kos perbelanjaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama delegasi yang menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30, Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selepas bekas perdana menteri itu membuat permohonan bagi mendapatkan peruntukan menghadiri forum berkenaan yang telah berlangsung di Tokyo, Jepun.

Menurutnya, Tun M berhak untuk membuat permohonan itu dengan syarat ia perlu diluluskan Perdana Menteri.

“Jadi orang tanya pasal apa, bayar tak? Ada hak dia memohon, tapi terserah pada Perdana Menteri untuk luluskan dan saya masih meluluskan RM486,000.

“Saya ingat daripada sembilan orang, saya lulus tujuh orang…saya tidak mahu ambil sikap yang negatif walaupun hari-hari serang kita, kita masih luluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, petang tadi.

Tun M pada akhir bulan lalu menyertai Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 di Tokyo Jepun yang berlangsung dari 29 hingga 30 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast