Pasukan penyelamat memeriksa kenderaan dan bangunan yang terkena peluru berpandu dilancarkan dari Iran, di Ramat Gan berhampiran Tel Aviv pada 13 Jun 2025. Foto AFP.

TEHRAN – Berapa peluru berpandu yang dilancarkan Iran menemui sasaran di selatan Tel Aviv, Israel dan daerah al-Naqab dengan kepulan asap naik ke udara.

Rangkaian televisyen, Channel 14, melaporkan bahawa sebuah peluru berpandu jatuh di ‘lokasi strategik’ di selatan Tel Aviv selepas siren dibunyikan di seluruh penempatan haram dan kawasan yang dicerobohi Israel.

Laporan terbaharu menyatakan insiden ‘terlalu bahaya’ berlaku di Tel Aviv.

Peluru berpandu turut jatuh berhampiran Kementerian Keselamatan Israel, HaKirya di tengah-tengah Tel Aviv, dengan tentera negara itu mengarahkan orang awam supaya tidak berkongsi gambar atau maklumat mengeai kesan kerosakan.

Siren mula dibunyikan pada jam 1.07 pagi waktu tempatan dan penduduk diarahkan ke tempat perlindungan bom.

Beberapa minit kemudian, rakaman video menunjukkan serangan peluru berpandu ke atas Israel bermula.

Laporan mengenai serangan peluru berpandu ke atas padang pasir al-Naqab yang menjadi lokasi pengkalan tentera udara, pengkalan tentera dan tapak loji nuklear Dimona muncul selepas itu.

Rangkaian penyiaran, Channel 13 berkata, lima tentera Israel cedera dalam serangan terbaharu manakala pihak berkuasa mengumumkan 63 penduduk cedera dan seorang terbunuh dalam serangan awal.

Tel Aviv dan padang pasir al-Naqab diserang pada malam Jumaat apabila Iran melancarkan kempen ketenteraan Operation True Promise-3 sebagai tindakan balas serangan Israel sebelum ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast