Dua rakaman video tular memaparkan pemandu bas memandu secara merbahaya.

KUALA LUMPUR – Dua syarikat pengendali bas dikenakan tindakan tegas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan video tular memaparkan pemanduan secara berbahaya di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai arah Utara dan Mersing.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan ke atas kedua-dua bas itu dan notis saman  telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam kejadian pertama, sebuah bas milik Starmart Express dirakam memotong kenderaan lain secara merbahaya dan menggunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan R&R Kulai arah utara.

“Berikutan itu, notis saman dikenakan mengikut Kaedah 6, Kaedah Lalu Lintas Jalan 1956 iaitu memotong dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain serta Kaedah 53 iaitu memandu di lorong kecemasan tanpa sebab munasabah.

“Dalam kes kedua, sebuah bas milik Sanwa Tours (M) Sdn. Bhd. dikesan memandu secara merbahaya di sekitar kawasan Mersing, Johor dan Notis Temu Siasat (114) dikeluarkan kepada pemandu serta pemilik kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kenderaan yang didapati melanggar undang-undang serta peraturan keselamatan jalan raya.

“Pihak syarikat juga dinasihat agar memantau etika pemanduan pemandu kenderan masing-masing bagi memastikan tahap pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

“JPJ turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang tampil membuat laporan berkaitan pelanggaran undang-undang jalan raya.

“Pengguna disarankan menggunakan saluran rasmi Aplikasi MyJPJ menerusi fungsi e-Aduan@JPJatau menghantar emel ke [email protected] beserta butikan lengkap aduan untuk tindakan susulan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast