Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Program Karnival Kita MADANI 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park@Pantai Dalam Lembah Pantai. Foto MUHAIMIN MARWAN, 22 JUNE 2025

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Rafizi Ramli yang merasakan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan penuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar ‘dakwaan’.

“Itu hanya dakwaan beliau,” kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui di Karvinal Kita Madani Peringkat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai di sini.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa beliau sudah tidak mendapat kepercayaan Anwar sebagai individu nombor dua dalam parti dan menteri ekonomi selepas pencalonan Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Dakwa Rafizi, Nurul Izzah mendapat restu penuh Presiden PKR yang juga Perdana Menteri.

Rafizi bertindak meletak jawatan pada 27 Mei lalu dan ia berkuat kuasa pada hari Selasa lalu. 

Menerusi rancangan Live Podcast (Yang Berhenti Menteri), Rafizi turut mengulas dakwaan dia merajuk.

Katanya,  alasan itu direka pihak tertentu untuk menyerang peribadinya, selepas tiada alasan lain yang dilihat lebih wajar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast