Antoinette Lattouf

SYDNEY – Wartawan Australia, Antoinette Lattouf memenangi saman terhadap Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang memecat wanita ini ekoran pandangan politiknya.

Lattouf diberi pampasan sebanyak AUD$70,000.

Mahkamah Persekutuan mendapati penyiar itu melanggar Akta Kerja Adil dengan menamatkan kerja Lattouf atas sebab “pendapat politik menentang kempen ketenteraan Israel di Gaza”.

Lattouf, seorang hos di ABC Radio, telah bekerja dengan penyiar ini pada Disember 2023, berkongsi hantaran Human Rights Watch di Instagram tentang perang di Gaza dengan kapsyen “HRW melaporkan kelaparan sebagai alat perang” yang didakwa ABC telah melanggar dasar editorialnya.

Dua hari sebelum kontraknya tamat, dia dilarang ke udara.

Sebelum itu, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa menerbitkan satu kajian yang memperincikan bagaimana pihak berkuasa Israel di Gaza menggunakan kelaparan sebagai senjata perang.

Lattouf kemudian menyaman penyiar itu dengan dakwaan telah dipecat secara salah – hanya kerana pandangan politiknya.

Tentera Israel telah melancarkan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober 2023, membunuh lebih 56,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast