Foto ihsan PGA

KUALA LUMPUR –  Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan menyeludup masuk 8,910 kilogram karkas babi yang disyaki dari Thailand selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bukit Tandak, Lubok Stol, pada 19 Jun lalu.

PGA dalam kenyataan berkata rampasan dilakukan kira-kira jam 4 petang menerusi Op Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan di kawasan sempadan negeri itu.

“Pemeriksaan ke atas lori terbabit membawa kepada penemuan sejumlah karkas babi di bahagian belakang kenderaan, dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barangan tersebut.

“Lori itu dipandu seorang lelaki berbangsa India berusia 37 tahun bersama seorang kelindan berumur 43 tahun yang turut dipercayai terlibat dalam penghantaran karkas berkenaan ke pasaran tempatan,” katanya.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM595,000.

Kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast