Fattah Amin

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fattah Amin mendedahkan beliau telah pun merancang untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya bercuti ke Tokyo.

Katanya, dia merancang untuk mengunjungi sebuah taman tema bersama Nur Fatima tahun ini.

Walaupun hairan mengapa isu ini dibawa ke media sosial, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sudah membuat perancangan agar percutian ke Jepun itu tidak bertindih dengan jadual persekolahan Fatima.

“Memang perancangan sudah ada tahun ini cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahan.

“Bila tahu jadual persekolahan, bolehlah merancang, cuma itulah, boleh sahaja perkara itu disampaikan dengan WhatsApp,” katanya seperti dilaporkan.

Fattah berkata demikian ketika ditemui semasa sesi sidang media memperkenalkannya sebagai duta jenama air mineral Nex di Stadium Hoki Bukit Jalil, pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon Kulit Wayang itu juga berhasrat untuk membawa keluarganya menemani Fatima sepanjang bercuti di negara matahari terbit itu.

“Saya sebenarnya akan pergi dengan keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik,” ceritanya ringkas.

Terdahulu, Fattah menjadi perhatian apabika anaknya memuat naik video meminta Fattah membawanya ke Disneyland Tokyo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast