kilang perkakasan besi di Jalan IKS Juru, Taman Perusahaan Ringan Juru Pulau Pinang, terbakar dalam kejadian petang tadi.

JURU – Sebuah kilang perkakasan besi di Jalan IKS Juru, Taman Perusahaan Ringan Juru di sini, terbakar dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.18 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi 16 minit kemudian.

“Sebaik tiba kita dapati kebakaran melibatkan bangunan kilang jenis separa kekal (kelas B) dengan anggaran keluasan 150 x 200 kaki persegi.

“Setakat ini, dianggarkan 60 peratus daripada struktur bangunan telah musnah akibat kebakaran dan operasi pemadaman masih dijalankan.

“Operasi disertai oleh seramai 27 anggota bomba termasuk pegawai kanan daripada BBP Perai, Sungai Bakap, dan Bandar Perda, selain bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Juru. Antara jentera yang terlibat ialah tiga jentera FRT, dua tangki air dan satu unit EMRS,” katanya hari ini.

Tambah beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast