KUALA LUMPUR – Nama syarikat Sapura Energy Berhad akan ditukar kepada nama baharu Vantris Energy Berhad atau VANTNRG.
Manakala nama Sapura Energy Berhad – Warrants A 2019/2026 digantikan kepada Vantris Energy Berhad – Warrants A 2019/2026.
Bursa Malaysia dalam maklumannya hari ini berkata, urus niaga syarikat itu akan didagangkan di bawah nama baharu berkuat kuasa dari jam 9 pagi, Rabu ini, 6 Ogos 2025.
Bagaimanapun nombor saham tidak berubah. – MalaysiaGazette
















