Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa mereka telah mengumpul data sejak penamatan subsidi ayam untuk menilai kesannya terhadap harga dan bekalan. Berdasarkan dapatan tersebut, strategi yang sama bakal digunakan bagi pengurusan penamatan subsidi telur dalam usaha memastikan kestabilan pasaran serta kebajikan pengguna terus terpelihara.














