Dataran Putrajaya dipenuhi orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025. Raptai yang berlangsung selama tiga hari ini menampilkan pelbagai persembahan menarik, manakala raptai penuh pada Jumaat turut dibuka kepada orang awam untuk merasai sendiri kemeriahan persiapan sambutan bersejarah itu.















