Kementerian Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan 5 September ini (Jumaat).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari hingga pukul 5 petang 14 September ini.

Menurutnya, keputusan boleh disemak sama ada secara atas talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my atau melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 6 September 2025 hingga 14 September 2025 di laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai pukul 12 tengah hari Jumaat ini hingga pukul 5 petang 14 September depan.

Menurutnya, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast