Noor Addina Yusof (tengah) bersama Datuk Adnan Seman (kiri) dari Tetuan Adnan Sharida & Associates yang mewakili syarikat Vdare Healthy & Beauty

KUALA LUMPUR – Vdare Healthy & Beauty telah menghantar Notis Tuntutan (LOD) kepada seorang pemilik akaun TikTok kerana membuat hantaran dan terdapat komen berunsur fitnah terhadap produk keluarannya jenama VS’lim.

Pengarah syarikat Vdare Healthy & Beauty, Noor Addina Yusof berkata, langkah itu diambil bagi melindungi reputasi syarikat serta menjaga keyakinan para pengguna.

Kata beliau, pihaknya ingin menegaskan segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah dan tindakan undang-undang akan diambil.

“Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan pengguna, produk VS’lim telah melalui proses penilaian yang ketat.

“Kami bukan sahaja berdepan dengan komen-komen fitnah di hantaran pemilik akaun tiktok tersebut, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengakibatkan pihak KKM pada 24 Jun lalu datang ke kilang kami dan merampas produk VS’lim sahaja.

“Namun pada 13 Ogos 2025, KKM telah mengesahkan VS’lim bebas daripada sebarang bahan terlarang seperti Sibutramine dan selamat digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes LOD itu dikendalikan bersama Tetuan Adnan Sharida & Associates yang mewakili pihaknya.

Mengulas lanjut, Noor Addina bagaimanapun menjelaskan, pihaknya ingin menekankan setiap individu mempunyai kondisi kesihatan yang berbeza dan tidak semua pengguna sesuai untuk mengambil VS’lim.

Jelas beliau, pengguna yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, wanita hamil atau menyusu adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil produk ini.

“Penegasan ini selaras dengan komitmen kami untuk memastikan semua produk digunakan secara bertanggungjawab, selamat dan mengikut kesesuaian individu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast