Gelagat salah seekor kucing jalanan istimewa yang putus dua belah kaki depan berjaya diselamatkan, dirawat dan dijaga rapi Ain ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.
Nurul Ain Abdul Hamid, 32 tidak sanggup melihat haiwan jalanan menderita akibat sakit dan cedera. Demi membantu, beliau sanggup membawa haiwan ke klinik untuk rawatan meskipun terpaksa memohon sumbangan kos perubatan melalui media sosial. Keprihatinannya turut mendorong beliau aktif menjalankan kempen kesedaran kebajikan haiwan, terutama kucing, bagi mendidik masyarakat dan mengurangkan populasi haiwan terbiar.
Beliau menubuhkan rumah perlindungan haiwan sejak 2008 dikenali sebagai Seroja Inn (S.I) Home Shelter, menjadi tempat perlindungan bagi haiwan yang diselamatkan untuk mendapatkan rawatan susulan dan penjagaan rapi.
Memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menyembuhkan kucing yang sakit atau cedera, Ain bersedia menerima individu yang mahu mengambil kucing untuk dibela, malah tidak mengenakan sebarang bayaran asalkan pemilik baharu itu berjanji menjaga haiwan itu dengan baik dan penuh kasih sayang.
S.I Home Shelter kini menempatkan lebih 300 ekor kucing pelbagai baka termasuk campuran, yang kesemuanya diselamatkan dari jalanan. Matlamat utama penubuhan pusat ini adalah untuk menyelamatkan kucing yang memerlukan rawatan segera serta memastikan mereka terus hidup dalam keadaan selamat dan terjaga.
Antara sebahagian kucing jalanan yang sakit dan sebahagian kucing yang sembuh ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Nurul Ain Abdul Hamid, 32 temui kucing jalanan yang sakit dan cedera untuk merawatnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Nurul Ain Abdul Hamid, 32 membawa kucing jalanan yang sakit dan cedera ke klinik veterinar untuk merawatnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Proses memberi oksigen dilakukan pada kucing yang menghidap sakit serius seperti sakit jantung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Proses memberi oksigen dilakukan pada kucing yang menghidap sakit serius seperti sakit jantung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Kucing yang sakit diasingkan untuk proses pemulihan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Petugas memberi makan kepada kucing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Gelagat kucing jalanan yang masih dalam proses pemulihan dijaga rapi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Gelagat kucing jalanan yang dilindungi dan dijaga rapi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Hampir 300 ekor kucing jalanan yang dilindungi dan dijaga rapi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Hampir 300 ekor kucing jalanan yang dilindungi dan dijaga rapi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Hampir 300 ekor kucing jalanan yang dilindungi dan dijaga rapi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Ain memelihara lapan ekor kucing istimewa dirumahnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.Ain memelihara lapan ekor kucing istimewa dirumahnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2025.