Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berhubung penerokaan mineral di Sabah telah selesai dan ditutup.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya menilai bahawa tiada kes jenayah boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak.















