PUTRAJAYA – Datuk Seri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan berbincang dengan Perdana Menteri Thailand baharu, Anutin Charnvirakul yang dijangka mengadakan lawatan ke negara ini dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri berkata, antara isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk pengukuhan hubungan dua hala mengenai perkembangan terkini di Thailand serta kerjasama ASEAN.
“Saya telah berbincang dengan perdana menteri baharu, Anutin dan beliau bersetuju ketika datang dan tiada keperluan untuk ambil apa-apa keperluan segera dalam tempoh singkat untuk bincang tentang kerjasama dengan Thailand dan ASEAN.
“Dan tentunya peranannya terbatas kerana beliau tidak bebas memberi pandangannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-9 (The 9th International Conference on Social Sciences and Humanities – ICOSH 2025) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Canselor UKM, Profesor Dr. Sufian Jusoh.

Kerajaan Thailad runtuh Jun lalu selepas perdana menteri ketika itu, Paetongtarn Shinawatra yang juga anak perempuan Thaksin Shinawatra terpalit kontroversi susulan perbualan telefonnya dengan Presiden Senat Kemboja, Hun Sen mengenai pertikaian sempadan yang mencetuskan konflik bersenjata lima hari.
Kebocoran audio itu mencetuskan kemarahan rakyat, menyebabkan Anutin menarik diri daripada Kabinet dan meninggalkan kerajaan campuran.
Mahkamah Perlembagaan kemudian menggantung dan menyingkirkan Paetongtarn atas pelanggaran etika, membuka laluan mudah untuk Anutin menjadi perdana menteri.
Hari ini, Thaksin memulakan hari pertama penuh di penjara selepas Mahkamah Agung memutuskan hukuman yang dijalani di hospital sebelum ini tidak sah.
Semalam, mahkamah mengarahkan Thaksin, 76, dihantar ke Penjara Reman Bangkok.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Penjara, beliau dipindahkan ke Penjara Klong Prem untuk menjalani baki hukuman setahun. – MalaysiaGazette

















