Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau laman projek keusahawanan kelulut semasa melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) Kem Sungai Besi, melawat tapak projek Program Ekonomi MADANI yang diusahakan ahli Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) iaitu Projek Ternakan Lebah Kelulut dan Projek Spice Garden melibatkan penanam tumbuhan herba, sayuran dan cendawan.

Berkonsepkan keusahawanan ternakan madu kelulut dan cendawan ini dilaksanakan di dalam kem tentera sebagai usaha memperkasa ekonomi Warga Kerja Pertahanan, menerusi peruntukan RM 10 Juta, melibatkan MINDEF dan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui kerjasama erat antara Angkatan Tentera Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Projek keusahawanan madu kelulut melibatkan 20 ahli BAKAT PMBTD yang menerima latihan dan bengkel serta khidmat profesional termasuk pemantauan berterusan selama 6 bulan, berpotensi menjana pendapatan tambahan dengan menghasilkan produk makanan berkhasiat dan mempunyai nilai komersial.

Menteri Pertahanan (MENHAN) berkesempatan menyaksikan Demonstrasi Hadapan yang mempamerkan pengoperasian penuh fasiliti perubatan medan. ATM turut memperkenalkan aset terbaharu iaitu Forward Anaesthesia and Surgical Team (FAST), pasukan mobil yang mampu memberikan rawatan pembedahan dan bius segera di kawasan operasi. FAST menjadi tonggak baharu misi-misi tentera, termasuk operasi kemanusiaan terkini di Sagaiang, Myanmar.

MENHAN juga meninjau kesiapsiagaan pasukan, mendapatkan taklimat operasi semasa, menilai kemudahan dan infrastruktur, serta mendengar sendiri isu berkaitan kebajikan anggota dan keluarga. Menyantuni 500 orang warga Kem Perdana Sungai Besi dan menyampaikan kebajikan kepada 20 pesakit kronik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan laman projek keusahawanan kelulut semasa melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Laman projek keusahawanan kelulut ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Laman projek keusahawanan kelulut ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Laman projek keusahawanan kelulut ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintah Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau rumah cendawan tiram yang terdapat di tapak ‘Spice Garden’ semasa melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Tapak ‘Spice Garden’ yang terdapat perbagai tanaman sayur dan herba semasa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau tapak ‘Spice Garden’ yang terdapat perbagai tanaman sayur dan herba semasa melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintah Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Angkatan Tentera Malaysia menunjukkan kemudahan dan demonstrasi perubatan semasa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan demonstrasi perubatan semasa melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Angkatan Tentera Malaysia menunjukkan kemudahan dan demonstrasi perubatan semasa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintah Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota dan waris emasa melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintah Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bergambar selepas melaksanakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast