KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) menyita 33 unit e-Bike tanpa permit, rokok dan syabu berjumlah RM482,499.16.

Pengarah JKDM, Zulkifli Muhammad berkata, kesemua rampasan dibuat  secara berasingan.

Menurut beliau, e-Bike tanpa permit import dirampas pada 14 Ogos lalu menerusi serbuan di premis perniagaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati basikal elektrik itu dianggarkan berjumlah 33 unit dengan nilai keseluruhan sekitar RM38,108.00 serta cukai RM19,111.16,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu katanya, rampasan 464,000 batang rokok putih dibuat pada 8 Ogos di sebuah Gudang di dalam Free Commercial Zone (FCZ).

“Anggaran rampasan rokok tersebut bernilai RM357,280.00 termasuk duti dan cukai,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, rampasan dadah jenis syabu dibuat pada 18 September menerusi pengesanan dua bungkusan di KLIA.

Muhammad berkata, siasatan mendapati bungkusan tersebut sepatutnya dihantar ke Sabah.

“Pemeriksaan mendapati berat kasar dua (2) bungkus bahan pencuci yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis Syabu tersebut adalah 1,368.2 gram dan nilai melebihi RM68,000.00,” tambahnya.

Mengulas lanjut katanya, dadah itu cuba diseludup ke negeri tersebut menerusi bungkusan sabun pencuci yang mempunyai tekstur hampir sama dengan bentuk fizikalnya.

” Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak
dijatuhkan hukuman mati,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast