Gabungan gaya streetwear menampilkan elemen gothic-futuristik menggunakan warna gelap dan dipadankan dengan pilihan aksesori unik dan berani ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.
KUALA LUMPUR – Fenomena fesyen dalam kalangan anak muda Gen Z semakin mendapat perhatian, terutama di Kuala Lumpur. Generasi ini tampil dengan gaya yang berani hasil gabungan elemen tradisional, vintaj dan fesyen jalanan moden. Bagi mereka, jalanan Bukit Bintang bukan lagi sekadar tempat lepak atau swafoto, tapi menjadi ‘runway’ terbuka untuk mengekspresikan diri melalui penampilan.
Fesyen hari ini bukan lagi tentang jenama semata-mata, sebaliknya menjadi cermin kepada identiti, cara berfikir dan keyakinan untuk tampil lain daripada yang lain. Gaya oversized, padanan berlapis, aksesori unik dan warna-warna kontra kini menjadi pilihan utama anak muda kota.
“Sejujurnya pemakaian saya ni mencerminkan diri saya, yang sentiasa ceria. Warna warni, sarat dengan aksesori. Ia seperti lantunan ekspresi saya kepada orang ramai. Saya mahu menceria kan sesiapa yang nampak saya,” Akmal Sharudin.
Melalui fesyen, mereka bukan sahaja menonjolkan kreativiti, tetapi turut mencipta budaya baru yang lebih terbuka, berani dan ekspresif. Bukit Bintang terus menjadi lokasi ikonik yang menyaksikan perubahan fesyen anak muda. Ia kini bukan hanya kawasan beli-belah, tetapi ‘pentas gaya’ yang mencerminkan denyut nadi generasi masa kini.
Aksesori memainkan peranan penting dalam sesebuah gaya seperti kasut, cermin mata, cincin sebagai penambah rasa pada penampilan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Gaya feminin kawaii yang popular dalam budaya fesyen generasi anak muda dengan memakai lace serta skirt pendek putih dan dipadankan dengan kasut but hitam sesuai dengan penampilan kasual yang bergaya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Gaya cyberpunk dengan gabungan elemen pemakaian gelap dan labuh menaikkan penampilan yang unik dan futuristik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Pemakaian bandana sebagai aksesori utama memberikan gaya unik dan kreatif serta gabungan cermin mata berbingkai nipis menambahkan lagi personaliti pemakai ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Gaya 90an yang telah dimodenkan dengan vest denim, seluar besar dan dipadankan dengan aksesori kreatif berwarna terang menghasilkan penampilan yang unik dan menarik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Dua orang menampilkan gaya 90an serta tradisional yang telah dimodenkan dengan vest denim, seluar besar dan aksesori berwarna terang manakala pasangannya mengayakan pakaian tradisional yang menghasilkan penampilan mereka unik dan menarik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Gaya feminin gabungan baju off-shoulder serta hiasan ringkas bunga orkid di kepala yang tidak nampak berlebihan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Gabungan gaya streetwear menampilkan elemen gothic-futuristik yang menggunakan warna gelap dan dipadankan dengan pilihan aksesori unik dan berani ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Sentuhan gaya vintaj dengan memakai pakaian overall dan digabungkan dengan cermin mata dan tali leher unik menonjolkan personaliti pemakai ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Aksesori jenama mewah dengan menggunakan beg Balenciaga serta sarung tangan sebagai pelengkap kombinasi gaya streetwear generasi muda ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.Gaya fusion style dengan pakaian formal kemeja dan bertali leher digabungkan dengan seluar sukan menghasilkan penampilan moden ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2025.