Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 162.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam. Gambar ihsan IPD Maran

KUANTAN – Pasangan suami isteri warga emas pengusaha kedai makan di Kemaman, Terengganu maut selepas pacuan empat roda dinaiki terbabas di Kilometer 162.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 petang ketika mereka dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands.

Beliau berkata, empat termasuk seorang kanak-kanak lapan tahun penumpang belakang kenderaan itu turut cedera akibat kemalangan itu.

“Siasatan awal mendapati, hujan lebat ketika kejadian dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki pasangan itu hilang kawalan apabila sampai di lokasi lalu terbabas ke longkang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Akibat kemalangan itu, Aziz Awang, 68 dan isterinya, Hasnah Mat Nong, 64 yang merupakan pengusaha Kedai Makan Warung Aziz Satar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Manakala tiga penumpang yang merupakan pekerjanya dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Wong berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast