Nicolas Sarkozy. foto France Inter

PARIS – Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy akan menjalani hukuman penjara pada 21 Oktober ini berikutan sabitan pertuduhan pembiayaan haram dari Libya ketika kempen presiden pada tahun 2007.

Pada 25 September, Mahkamah Jenayah Paris telah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas Sarkozy walaupun beliau telah membuat rayuan.

Hakim memerintahkan supaya hukaman dikuatkuasakan serta merta atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan tiada pengecualian.

Sarkozy telah dimaklumkan mengenai syarat pelaksanaan hukuman penjara itu atas permintaan Pejabat Pendakwa Kewangan Negara (PNF).

Namun, atas sebab keselamatan dan kerahsiaan, butiran mengenai penempatan beliau tidak akan didedahkan kepada umum.

Namun, media BFMTV melaporkan, Sarkozy akan menjalani hukuman di Penjara La Sante di Paris.

Sebaik sahaja dalam tahanan, pasukan pembelanya akan dapat menfailkan permintaan untuk dibebaskan di hadapan Mahkamah Rayuan dan akan menerima keputusan selepas dua bulan.

Sarkozy akan menjadi bekas Presiden Perancis pertama dalam sejarah kontemporari yang mejalani hukuman penjara. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast