Lokasi kejadian seorang lelaki maut dipercayai ditetak, manakala rakannya tergantung di sebuah rumah di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, Melaka malam tadi.

ALOR GAJAH – Dua beradik ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat mangsa yang dipercayai abang ditemukan dengan kesan tetakan manakala mayat adik lelakinya ditemukan dalam keadaan tergantung.

Sumber berkata, mayat lelaki pertama disedari orang awam yang memaklumkannya kepada pihak polis kira-kira jam 7 malam tadi.

“Sebaik anggota polis tiba di tempat kejadian, didapati seorang lagi lelaki berada dalam bilik berlainan dalam keadaan tergantung.

“Kes termasuk punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati ambulans dan pasukan polis sedang melakukan pemeriksaan dan siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast