Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak seharusnya melindungi sebarang kes buli walaupun dianggap kecil, kerana tindakan itu sama seperti melindungi perbuatan jenayah. Beliau menegaskan, sikap segelintir pentadbir sekolah yang cuba menutup kes bagi menjaga imej institusi pendidikan perlu dihentikan segera kerana hanya akan memburukkan keadaan.















