Barisan pemain Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak lelaki negara berjaya menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia apabila menghuni tangga ke-118 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,161.53 mata sekali gus naik lima anak tangga berbanding kedudukan ke-123 bulan lalu.

Peningkatan itu hasil dua kemenangan bergaya ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, baru-baru ini yang menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski itu mempamerkan aksi meyakinkan.

Skuad negara menang 3-0 pada aksi pertama di Vientiane sebelum membelasah lawan sama 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kini berada di tangga ketiga terbaik, di belakang Thailand yang menghuni ranking ke-96 dan Vietnam di tangga ke-111, selain turut memintas Indonesia yang berada di kedudukan ke-122.

Sementara itu, juara Euro 2024, Sepanyol kekal mendominasi tangga teratas ranking dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis di tangga ketiga.

Kemas kini seterusnya ranking FIFA dijadualkan pada 21 November depan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast