Penyanyi, Ahmad Nubhan Ahmad

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nubhan memaklumkan bahawa dia dan isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

Bapa kepada tiga anak itu menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek dengan penuh hormat dan tanggungjawab.

Kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim enam itu, mereka berdua telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan perkahwinan namun jodoh kami setakat ini sahaja.

“Saya amat menghargai setiap detik dan kenangan yang telah dikongsi bersama Dr. Afifah sepanjang perkahwinan kami. Beliau tetap seorang insan yang saya hormati dan doakan sentiasa dirahmati Allah.

“Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andañan yang tidak berasas mengenai punca perpisahan kami.

“Ini adalah perkara peribadi dan saya berharap la dapat dihormati demi menjaga maruah dan privasi kedua-dua belah pihak serta anak-anak kami.

“Saya juga memohon agar doa yang baik diberikan kepada saya, bekas isteri dan keluarga kami agar kami terus kuat dan diberi ketenangan dalam menghadapi fasa kehidupan yang baru ini.

“Terima kasih atas segala sokongan dan doa yang telah diberikan selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kes perceraian Nubhan dan  Dr Afifah Hidayah  masih belum selesai selepas Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama.
Foto IG Nubhan.
Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi berkata, mahkamah meneliti kedua-dua isu yang dibangkitkan iaitu mengenai lafaz talak pertama pada 2017 dan rujuk yang tidak dilaporkan serta lokasi tempat tinggal Nubhan selaku plaintif.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan berita perceraian pasangan Nubhan dan Afifah yang khabarnya, lafaz talak dilakukan dalam kereta pada 26 Ogos 2025.
Nubhan dan Dr Afifah Hidayah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast