KUALA LUMPUR – Tujuh wanita India yang dipaksa menjadi pekerja seks diselamatkan dalam Op Pintas (Eksploitasi Seks) di sebuah hotal di Jalan Ampang, dekat sini pada 30 September lalu.
Semua mangsa yang berumur antara 25 hingga 40 tahun itu telah dijanjikan untuk bekerja sebagai pembantu rumah oleh sindiket terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar a/l S. Muthuvelu berkata, wanita-wanita ini telah dikawal ketat oleh ahli sindiket.
Selain itu, terdapat mangsa yang dipukul dan diugut sekiranya enggan mematuhi arahan oleh sindiket.
Menurutnya, polis telah menangkap 12 suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan berumur 34 dan 63 tahun, enam lelaki dan empat wanita India berumur antara 21 hingga 58 tahun yang merupakan ahli sindiket.
Susulan tangkapan itu, lima termasuk seorang anggota polis yang disyaki ahli sindiket ini didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran2007.
Selain itu, lima lagi warga asing dituduh di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Kesemua mereka telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu. – MalaysiaGazette
















