Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Kerajaan melalui memanggil Meta untuk mendapatkan penjelasan penuh selepas laporan antarabangsa mendakwa syarikat itu memperolehi keuntungan daripada aktiviti haram seperti iklan perjudian dalam talian di Malaysia. Menteri menyifatkan laporan tersebut sebagai amat membimbangkan kerana sebahagian keuntungan mungkin berpunca daripada aktiviti menyalahi undang-undang.















