Home Nasional Pemain bola sepak Indonesia hina anggota PDRM

Pemain bola sepak Indonesia hina anggota PDRM

Foto: Media sosial

KUALA LUMPUR – Video tular pemain bola Indonesia, Adam Alis, didakwa menghina anggota polis sewaktu menjalankan tugas, mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Video itu memaparkan Adam Alis bersama dua rakannya ditahan polis kerana dikatakan memandu melawan arus.

Anggota polis kemudian meminta mereka menunjukkan pasport dan kad pengenalan Indonesia, namun mereka didakwa gagal berbuat demikian.

Menurut video tersebut, anggota polis itu juga menegur mereka supaya sentiasa membawa pasport ketika berada di negara ini.

Bagaimanapun, komen daripada Adam Alis dalam video itu menimbulkan kemarahan netizen kerana didakwa menghina polis tanpa bukti jelas.

Media sosial pemain bola itu dihujani kritikan, manakala rakyat Malaysia membuat pelbagai hantaran mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN)  mengambil tindakan segera.

Pempengaruh, Zhiddin Aziz, memuat naik video di TikTok memohon KDN memberi perhatian dan menasihati warga asing supaya mematuhi undang-undang Malaysia.

“Rakyat Malaysia geram kerana dia menuduh polis mahu ‘paw’ duitnya, sedangkan anggota polis wajib memakai kamera dan mikrofon di badan. Tidak ada ruang untuk perbuatan itu,” katanya.

Selain itu, terdapat desakan supaya Adam Alis memohon maaf secara terbuka kepada polis Malaysia atas tuduhan fitnah tersebut. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast