KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga Myammar dan seorang lelaki tempatan dikehendaki Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membantu perbicaraan kes di bawah Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63.
JIM dalam kenyataan hari ini berkata, mereka ialah Kwek Meng Kheng, 38, warganegara Malaysia dengan alamat terakhir di Jalan Rasmi 14, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Empat lagi individu dikehendaki merupakan warga Myanmar masing-masing dikenali sebagai Tun Pyae Shain, 21; Soe Moe Kyaw, 21; Zaw Htet Aung, 22; dan Thet Tun Naing, 35.
“Mereka diperlukan bagi tujuan perbicaraan berhubung kes pendakwaan yang melibatkan pelanggaran undang-undang imigresen dan pasport.” katanya dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu, usaha mengesan individu terbabit sedang dijalankan bagi memastikan proses pendakwaan dapat diteruskan tanpa gangguan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cawangan Siasatan Khas (USK 5)TPPK, Ella Fazlina Mat Misiah, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-8880 1211 pada waktu pejabat.
Selepas waktu pejabat, maklumat boleh disalurkan ke Bilik Gerakan JIM di talian 03-8880 1555 bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut. – Malaysiagazette















