Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas seorang krunya disyaki memiliki dadah jenis heroin. Foto: media sosial

KUALA LUMPUR – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas seorang krunya disyaki memiliki dadah jenis heroin dalam satu operasi semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, penahanan dilakukan sekitar 1 pagi di kedudukan lima batu nautika selatan Pulau Kendi.

Menurut beliau, bot penguat kuasa Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Pertiwi 2018 dan Op Tiris 3.0/2024 mengesan sebuah vesel sedang berapung sebelum pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel dikendalikan tiga kru termasuk tekong, semuanya warga tempatan berusia antara 28 hingga 50 tahun,” katanya.

Pemeriksaan lanjut terhadap seorang kru berusia 50 tahun menemui bahan disyaki dadah jenis heroin.

Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua kru bersama vesel ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti jenayah maritim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast