KUALA PILAH – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan TM (YTM) meneruskan program REaCH 2.0 bagi memperkasakan komuniti luar bandar di Kampung Juasseh Tengah dan kawasan sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Penganjuran program kesinambungan kepada REaCH 1.0  itu bertujuan meningkatkan sosioekonomi, pengetahuan dan kemahiran masyarakat luar bandar serta memelihara kelestarian alam sekitar.

Ismail Lasim

Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menekankan kepentingan kerjasama antara sektor awam, akademia dan industri dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat desa.

“Program ini membuktikan bahawa apabila sektor awam, akademia dan industri berganding bahu, hasilnya memberi kesan besar kepada rakyat. Ia bukan sahaja menyediakan kemudahan, tetapi membina keyakinan dan semangat berdikari dalam kalangan penduduk,” ujar beliau.

Ismail Lasim ketika di program REaCH 2.0

Menurut Ketua Projek REaCH 2.0, Prof Madya Ts Dr Nur Kamaliah Mustaffa, festival tersebut bukan hanya meraikan budaya setempat tetapi menjadi platform inklusif penyatuan pelbagai pihak.

Ia satu platform menyatukan universiti, industri, agensi kerajaan, sekolah serta komuniti tempatan dalam semangat ‘Perkongsian Ilmu dan Kelestarian Komuniti’,” katanya.

 

Selain itu, Pengarah YTM, Ainol Shaharina Sahar turut menegaskan, komitmen yayasan itu dalam memperkasakan masyarakat luar bandar melalui pendidikan dan teknologi.

Kami berhasrat membantu komuniti membina keupayaan baharu, sama ada dalam keusahawanan, pembelajaran digital atau amalan lestari,” ujarnya.

Sepanjang pelaksanaan, pelbagai inisiatif berteraskan SDG dilaksanakan, termasuk projek Eco SmartShroom, sistem solar, Smart Classroom, Sstem Pengurusan Air Hujan (SPAH), Stesen 3R dan E-Learn Lounge.

Perasmian turut disempurnakan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Puan Seri Bibi Harliza Mohd Khalid, Pemangku Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, dan Professor Madya Ts. Dr. Noorlis Ahmad selaku Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan mewakili Naib Canselor UiTM.

Ainol Shaharina Sahar menyampaikan dana kepada usahawan tempatan.

Majlis kemuncak program diserikan dengan Festival Perpatih di Sekolah Kebangsaan Pasir Ambor, yang menampilkan pelbagai aktiviti komuniti dan penyampaian dana RM60,000 kepada 20 usahawan tempatan.

UiTM dan YTM menegaskan komitmen berterusan terhadap pembangunan komuniti secara lestari, seiring aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast