Kredit: Awam

GUA MUSANG – Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan laluan tersebut berkuat kuasa sejak semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu, FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli dan FT2743 Jalan Masuk ke Sungai Asap-Bertam-Meranto,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast