KUALA LUMPUR – Semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel, Hatyai di minta bersedia di lobi hotel masing-masing bagi persediaan operasi pemindahan sementara ke tempat yang selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hatyai telah bermula dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, kerjasama rakyat Malaysia amatlah dihargai bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila berhubung Pegawai Bertugas di pejabat Konsulat Jeneral di talian +6681-9901930. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast