Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sebanyak 60 sekolah di Kedah masih dalam kategori bangunan daif setakat 30 September tahun ini.

Menurutnya, jumlah sekolah daif adalah bersifat dinamik dan berubah mengikut keadaan semasa di lapangan.

“Kadang-kala bilangan bertambah apabila ada sekolah baharu dikenal pasti, dan akan menurun apabila projek siap.

“Setakat 30 September tahun ini, sebanyak 60 sekolah di Kedah berada dalam kategori Skala 7, iaitu sekolah yang mempunyai bangunan daif,” katanya,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN–Sik) di Dewan Rakyat hari ini,

Daripada jumlah tersebut, 37 sekolah telah diluluskan projek pembinaan semula dan sedang dalam pelaksanaan, manakala satu sekolah masih dalam proses pengambilalihan tanah.

Beliau turut memaklumkan, 12 sekolah tambahan di Kedah telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan kos keseluruhan RM175.5 juta, manakala baki 10 sekolah lagi akan dibawa ke RP berikutnya.

Kah Woh berkata, sejak 2016 hingga November 2025, kerajaan telah meluluskan 87 projek pembangunan semula bangunan daif dengan kos RM671.81 juta.

“Daripada jumlah itu, 50 projek telah siap, 16 projek berada pada peringkat pembinaan dan 21 lagi dalam fasa prabina,” katanya.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan memastikan semua sekolah di seluruh negara mencapai tahap infrastruktur lengkap menjelang 2030 melalui pelaksanaan projek secara terancang di bawah RMK13. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast