Datuk Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mahu pihak berkuasa melakukan siasatan kes seorang wartawan sukan, Haresh Deol yang diserang tiga lelaki pada hari ini dijalankan dengan segera.
Beliau berkata, keselamatan pengamal media, terutama ketika mereka menjalankan tugas, tidak boleh dikompromi.
“Saya telah menghubungi saudara Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku petang tadi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Dalam kejadian jam 33.30 petang itu, Haresh mengalami kecederaan selepas diserang tiga lelaki tidak dikenali di Jalan Maarof berhampiran pusat beli belah di Bangsar, di sini, hari ini.
Akibat kejadian itu, wartawan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian muka, tangan dan badan kerana terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri.
Menurut Fahmi, beliau dimaklumkan tentang insiden itu ketika menghadiri program di Kota Kinabalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast