Presiden Colombia, Gustavo Petro Foto FB Gustavo Petro

BOGOTA – Presiden Colombia, Gustavo Petro menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menutup ruang udara Venezuela dan menyatakan Washington ‘tidak berhak untuk menutup ruang udara Venezuela’.

Petro berkata, AS mungkin melakanakan sekatan itu tehadap syarikat penerbangan negara itu, dan bukannya ‘syarikat penerbangan antarabangsa lain’

Beliau yang menyifatkan langkah tersebut sebagai unilateral dan menyalahi amalan antabangsa mengumumkan Colombia mungkin menyambung semula perkhidmatan penerbangan awam dengan Venezuela dan menggesa negara lain mengikutinya.

Petro yang memberi penekanan terhadap perlunya perhubungan diplomatik berkata, kini adalah masanya untuk mengadakan dialog dan menggesa negara lain memberi keutamaan kepada komunikasi berbanding taktik bersifat paksaan.

Pada 29 November lalu, Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk menutup ruang uadara Venezuela yang mana ia menimbulkan kekhuatiran antarabangsa sama ada AS cuba melaksanakan sekatan melangkau sempadan ke ruang udara negara lain.

Semalam, Jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, badan dunia itu menjangka semua kerajaan untuk menguruskan pertikaian ruang udara menerusi mekanisme perundangan antarabangsa dan menekankan bahawa isu yang membabitkan keselamatan penerbangan dan kedaulatan perlu diselesaikan secara aman.

“Maksud saya, kami telah melihat laporan mengenai ruang udara dan saya boleh beritahu anda bahawa kami menggesa mematuhi sepenuhnya di bawah undang-undang antarabangsa termasuk piagam dan semua rangka kerja perundangan dan menggunakan mekanisme sedia ada untuk menangani isu ini secara aman bagi memastikan keselamatan dan perhubungan penerbangan antarabangsa,” katanya.

Dujarric menambah, pengisytiharan politik tidak memadamkam prosedur penerbangan sambil menambah, keputusan pengurusan ruang udara perlu diajukan kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Ditanya sama ada PBB meminta penjelasan daripada Washington, beliau berkata: “Kami tidak mempunyai perincian. Rakan kami di ICAO menerajuinya, kakitangan kami kekal di Venezuela,”.

Sementara itu, Venezuela mengutuk kenyataan AS sebagai pencabulan hak wilayahnya dan menuduh Washington melakukan ‘ancaman dengan menggunakan kekerasan’.

Caracas menggesa PBB dan ICAO mengutuk langkah tersebut dan menyatakan hanya pihak berkuasa Venezuela boleh menentukan stuatus ruang udaranya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast