KUANTAN- Sejumlah RM253,000 diperuntukan kepada 844 atlet Pahang sebagaisaguhati daripada kerajaan negeri melalui Inisiatif Makmur (IM) Pahang (Kluster Atlet Makmur) 2025.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan, Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, setiap atlet menerima RM300 sebagai sokongan serta keprihatinan kerajaan negeri terhadap perjuangan dan pengorbanan mereka.
“Inisiatif ini bertujuan menghargai dan mengiktiraf pencapaian serta komitmen atlet kelahiran Pahang dengan pemberian sumbangan wang tunai RM300 kepada setiap atlet yang bergiat aktif dan mengharumkan nama negeri serta negara.
“Oleh itu, saya harap dengan pemberian sumbangan ini, atlet Pahang terus giat dan gigih berlatih, sekaligus memperkukuh iltizam untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.
Selain itu, katanya, insiatif lain ialah kenaikan elaun khas latihan atlet yang terpilih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) kepada RM250 sebulan berbanding RM100 sebelum ini dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.5 juta
Sementara itu, Fadzli berkata, seramai 78 atlet Pahang akan mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand. – MalaysiaGazette
















