KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan paras waspada di Kelantan meliputi kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Putih; Terengganu dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Khamis, 8 Januari ini.
Manakala bagi Mersing dan Kota Tinggi di Johor, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh Rabu, 7 Januari hingga Khamis, 8 Januari.
MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan berlaku di Sarawak meliputi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah dalam tempoh Jumaat, 9 Januari hingga Sabtu, 10 Januari 2026. -MalaysiaGazette
















