Donald Trump . foto AFP photo AFP

WASHNGTON – Presiden Donald Trump berkata, Venezuela “akan menyerahkan” sehingga 50 juta tong minyak kepada Amerika Syarikat (AS), selepas satu operasi ketenteraan mengejut yang menggulingkan Presiden Nicolas Maduro.

Katanya, minyak itu akan dijual pada harga pasaran.

Menurut Trump, wang hasil jualan itu akan dikawal oleh beliau dan digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela serta rakyat AS.

Kenyataannya itu dibuat selepas beliau berkata industri minyak AS akan “beroperasi sepenuhnya” di Venezuela dalam masa 18 bulan dan beliau menjangkakan pelaburan besar akan mengalir masuk ke negara itu.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan Pihak Berkuasa Interim di Venezuela akan menyerahkan antara 30 dan 50 JUTA Tong Minyak Berkualiti Tinggi dan yang Disekat (sanctioned), kepada Amerika Syarikat.

“Minyak ini akan dijual pada harga pasaran, dan wang itu akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden Amerika Syarikat, untuk memastikan ia digunakan bagi memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan Amerika Syarikat!,” tulisnya  Truth Social pada hari Selasa.

Kenyataan beliau itu dibuat sehari selepas Delcy Rodríguez, bekas Naib Presiden Venezuela, mengangkat sumpah sebagai presiden interim negara itu.

Maduro yang telah ditahan dan dibawa ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengedaran dadah dan senjata.

Pada hari Isnin, Trump memberitahu NBC News: “Mempunyai Venezuela sebagai pengeluar minyak adalah baik untuk Amerika Syarikat kerana ia membantu mengekalkan harga minyak yang rendah”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.