Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila kutipan hasil bagi tahun 2025 mencecah RM76.18 bilion, melepasi unjuran awal Kementerian Kewangan sebanyak RM67.25 bilion. Pencapaian itu merekodkan lebihan RM8.93 bilion atau 113.28 peratus daripada sasaran asal, sekali gus mencerminkan prestasi kutipan hasil yang kukuh dan berkesan.















