Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini, seperti dikongsikan menerusi laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Akta itu telah digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember 2025 bagi mewujudkan suatu mekanisme khusus untuk menangani kes buli bagi kesemua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawahnya.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Di bawah akta itu, Menteri Pendidikan; Majlis Amanah Rakyat (Mara), Menteri Pertahanan; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk menguruskan dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing.

Tribunal bagi Antibuli juga akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa dan memberikan apa-apa pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli itu. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast