KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas lemas di Pantai Tanjung, Rompin petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Rompin, Deputi Supritendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, pihaknya menerima maklumat kejaduan pada jam 5.44 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan sedang diberi bantuan pernafasan oleh orang ramai, sebelum ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat Rompin yang turut menjalankan prosedur menyelamat
Bagaimanapun, petugas dari Klinik Kesihatan Tanjung Gemuk yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.
Mayat mangsa diserahkan kepada Hospital Rompin dan akan menjalani bedah siasat esok.
Mohamad Zamri berkata, mangsa datang dari Endau, Johor bersama-sama keluarga rakannya yang terdiri daripada rakannya serta ibu bapa untuk berkelah. – MalaysiaGazette















