Warga emas yang tular menggunakan nombor pendaftaran Singapura mengisi petrol ron95 minggu lalu dikenakan denda RM9,000 di Mahkamah Majistret Kulai atas tuduhan mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan itu.
Long Sa Kow, 64 tahun yang merupakan pemegang status penduduk tetap (PR) Singapura dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret R. Salini.















