MINDEF, LOGO MINDEF
Bangunan Kementerian Pertahan (Mindef), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri dilantik sebagai Ketua Staf Markas ATM.

Manakala Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pula dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Manakala Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral serta dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat dan Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin TUDM dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS.

Kementerian Pertahanan berkata, pelantikan mereka diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah menimbang syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri Ke-632 yang bersidang pada 7 Januari lalu.

Semua pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang bersih merupakan teras utama kepimpinan ATM serta ekosistem pertahanan negara.

Dalam konteks ini, katanya, kepimpinan utama ATM bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi, malah memikul amanah untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara, tanpa kompromi.

Menurutnya, barisan kepimpinan baharu ini diyakini mampu memikul harapan besar ini serta berkeupayaan memberikan khidmat dengan penuh wibawa, integriti dan profesionalisme. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast