Trak pikap yang terbalik selepas melanggar seorang pemuda yang sedang berjogging di Gua Musang, Kelantan

GUA MUSANG – Seorang lekaki maut akibat dilanggar trap pikap semasa sedang berjogging bersama rakannya di KM4 Jalan Gua Musang – Sungai Terah, Kelantan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supritendan Sik Choon Foo berkata, nahas berlaku sekitar jam 6.05 petang ketika trak pikap itu menghala ke Gua Musang dari arah Sungai Terah.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu trak pikap, 33 tahun, gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar mangsa.

“Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa tercampak lebih kurang 40 meter dari lokasi kemalangan manakala trak pikap yang melanggarnya terus terbabas lalu terbalik di bahu jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya mengalami kecederaan ringan. Pemandu serta penumpang trak pikap dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 serta siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian kemalangan itu tampil untuk membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dengan menghubungi 099121222 atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Aida di talian 019-914 4855. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast