JDT menewaskan PDRM FC 1-0 dalam Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, hari ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT), mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan PDRM FC, 1-0 (aggregat 11-1), pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Jaringan tunggal Teto Martin pada minit ke-66, ternyata sudah memadai untuk juara bertahan tersebut mara ke kelompok lapan pasukan terbaik setelah mencatat kemenangan 10-1 pada aksi pertama pusingan 16 di venue sama, Ahad lalu.

Harimau Selatan itu tidak menunggu lama sejurus wisel permulaan, kesebelasan JDT mengasak hebat ke gawang pelawat dalam saha mencari gol di laman sendiri.

Namun asakan demi asakan tuan rumah itu gagal meledak sebarang gol selain berjaya dikekang benteng pertahanan The Cops.

Selain itu, aksi cemerlang dipamerkan penjaga gol Nor Hakeem Hamidun turut mematahkan percubaan-percubaan jentera serangan skuad Harimau Selatan itu untuk kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Bagaimanapun apabila Blbersambung babak kedua, JDT mula menggandakan asakan bagi merobek gawang pelawat.

Usaha tersebut berjaya membuahkan hasil apabila Stadium Sultan Ibrahim bergema dengan sorakan penyokong sejurus Teto Martin menjaringkan gol pada minit ke-66.

Gol nyata menyemarakkan lagi semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke gawang The Cops bagi menambah jaringan selepas itu.

Bagaimanapun, tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan skuad Harimau Selatan itu hingga ke wisel penamat.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast