Christopher Patit

MELAKA, 31 Jan (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang berdekatan perhentian bas di kawasan perkilangan Ayer Keroh di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata, mayat warga emas berusia 64 tahun itu ditemui seorang pemuda pada 3.30 petang dalam air berkedalaman 0.2 meter.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 1.5 meter dan mayatnya ditemukan oleh pemuda berusia 19 tahun itu ketika saksi berkenaan ingin membuang sampah ke dalam tong berdekatan tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada tubuh badan dan hanya terdapat satu luka kecil berukuran lebih kurang 1 inci pada bahagian kiri dahi yang dipercayai akibat kesan terjatuh,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast