Gambar hiasan.
Gambar hiasan

JEDDAH – Ramadan akan bermula di Arab Saudi pada Rabu (18 Feb), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut SPA, Mahkamah Diraja mengumumkan pada Selasa bahawa jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan.

Mahkamah Agung turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta kepada seluruh rakyat, penduduk dan umat Islam di seluruh dunia.

Ia juga berdoa agar Allah memberkati, menerima segala amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara itu. – BERNAMA-SPA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast