Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Rafizi Ramli menyatakan beliau berhak mempunyai perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli parlimen di tengah-tengah penggal.

“Oleh itu, sekiranya kenyataan-kenyataan itu difahami mengikut pemahaman bahasa Melayu yang waras, ia tidak memerlukan tafsiran-tafsiran yang merumitkan seperti yang cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab tersebut,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam kenyataan malam ini.

Alasan itu antara jawapannya dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR.

Menurut beliau, PKR cuba menafsirkan kenyataan bahawa saya berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan dalam PRU-16 tetapi bukan atas tiket PKR, sebagai satu pengisytiharan keluar parti yang menggugurkan kedudukan saya sebagai ahli parlimen dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan.

“Jawapan saya adalah seperti berikut,saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh pihak Saudari bertarikh 23 Februari 2026 dengan rujukan SUA2026/AG/STS/001.

“Temu ramah saya dengan Sin Chew Daily, seperti yang dirujuk di dalam surat tunjuk sebab itu, mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik,” ujarnya.

Kenyataan-kenyataanya dalam temu ramah itu mempunyai maksud berikut; beliau akan kekal sebagai anggota KEADILAN dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehinggalah parlimen dibubarkan bagi tujuan Pilihanraya Umum ke-16.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast