Dewan Rakyat pada persidangan hari ini tidak meluluskan Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun selepas dibentangkan untuk bacaan kedua. Cadangan pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, namun gagal mencapai majoriti yang diperlukan.















